Selaras dengan arahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), berkuatkuasa 15 September 2026, prosedur baharu bagi permohonan pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) adalah seperti berikut:
- Majikan hendaklah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia; atau
- Penduduk tetap.
- Majikan dibenarkan untuk menggaji PRA pertama, kedua dan seterusnya bagi tujuan berikut:
- Menjaga anak-anak yang berumur 15 tahun ke bawah (yang memerlukan jagaan dan perhatian);
- Menjaga anak kelainan upaya (tiada had umur);
- Menjaga majikan/pasangan majikan yang sakit/uzur;
- Menjaga ibu bapa yang sakit/uzur;
- Menjaga ahli keluarga terdekat yang uzur/sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja); atau
- Menguruskan kediaman yang besar.
- Majikan Islam dibenarkan untuk menggaji PRA bukan Islam.
- Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan PRA bukan Islam yang digaji menghormati sensitiviti agama Islam.
- Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan PRA bukan Islam yang digaji menghormati sensitiviti agama Islam.
- Majikan bujang wanita dibenarkan untuk menggaji PRA wanita bagi tujuan menjaga:
- Ibu bapa sakit/uzur;
- Diri sendiri; dan
- Kediaman.
- PRA dibenarkan untuk menukar majikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarat berikut:
- Tanpa ketetapan tahun ke berapa PLKS PRA;
- Maksimum umur 45 tahun semasa permohonan dibuat; dan
- Tidak terpakai melalui permohonan PRA yang dibuat menerusi Sistem Maid Online (SMO) serta program-program khas yang dilaksanakan JIM.
Semua APS dimohon untuk mengambil maklum perkara di atas apabila menghantar permohonan menerusi Sistem FWCMS.
SESI WEBINAR DAN SEMINAR
Semua APS dijemput untuk menghadiri sesi webinar dan seminar mengenai prosedur baharu permohonan pengambilan PRA. Sesi ini akan dianjurkan dengan ketetapan berikut:
- Webinar:
- Sesi 1: Khamis, 12 November 2026 (10:00 Pagi – 11:00 Pagi) – Pautan pendaftaran
- Sesi 1: Khamis, 12 November 2026 (10:00 Pagi – 11:00 Pagi) – Pautan pendaftaran
- Seminar:
- Sesi 1: Khamis, 19 November 2026
- Slot Pagi: 10:00 Pagi – 12:30 Tengahari (25 orang) – Pautan pendaftaran
- Slot Petang: 2:30 Petang – 4:30 Petang (25 orang) – Pautan pendaftaran
- Sesi 2: Rabu, 25 November 2026
- Slot Pagi: 10:00 Pagi – 12:30 Tengahari (25 orang) – Pautan pendaftaran
- Slot Petang: 2:30 Petang – 4:30 Petang (25 orang) – Pautan pendaftaran
- Sesi 1: Khamis, 19 November 2026
SENARAI SOALAN LAZIM
Senarai Soalan Lazim (FAQ) mengenai perkara diatas boleh diakses melalui lawan web rasmi Sistem FWCMS melalui pautan ini.
Sekian, terima kasih.
Bestinet Sdn. Bhd.




