MAKLUMAN
PERMOHONAN PENGAMBILAN PEKERJA WARGA ASING
- Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 telah bersetuju untuk pengambilan pekerja warga asing dalam sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing. Sehubungan itu, proses permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing ini akan dibuka secara berperingkat. Permohonan akan dibuka mulai 28 Januari 2022 untuk pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas.
- Permohonan pekerja warga asing untuk sektor-sektor lain yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing termasuk sektor perladangan tanpa pengecualian khas akan mula dibuka pada 15 Februari 2022.
- SOP Kemasukan Pekerja Warga Asing yang telah ditetapkan oleh Kerajaan merangkumi empat fasa iaitu pra pelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin dan pasca kuarantin. Semua pekerja warga asing perlu menjalani tempoh kuarantin selama 7 hari dan ujian saringan COVID-19 sebanyak 2 kali dalam tempoh tersebut yang akan ditanggung oleh majikan.
Pengumuman : Selepas pengumuman daripada YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia pada 15 Januari 2022 mengenai permohonan online pengambilan pekerja asing, dimaklumkan bahawa ia akan dapat diakses mulai 28 Januari 2022 melalui laman web untuk sektor perladangan (Pengecualian Khas). Semua SOP yang terpakai dan berkaitan akan diumumkan terus oleh Kementerian Sumber Manusia.
ANNOUNCEMENT
APPLICATION FOR RECRUITMENT OF FOREIGN WORKERS
- The Cabinet Meeting on 10 December 2021 has agreed to the recruitment of foreign workers in sectors permitted for the employment of foreign workers. Accordingly, the application process for the recruitment of foreign workers will be opened in stages. Applications will be open from 28th January 2022 for the recruitment of 32,000 foreign workers in the plantation sector with special exemptions.
- Applications for foreign workers for other sectors allowed for foreign workers, including the plantation sector without special exemptions, will be open on the 15th of February 2022.
- The Government’s SOP for the Admission of Foreign Workers includes four phases: pre-departure, on arrival, after arrival (quarantine period) and post-quarantine period. All foreign workers must undergo a quarantine period of 7 days and a COVID-19 screening test of 2 times during that period, of which the employer will bear the cost.
Announcement: Subsequent to the announcement from YB Datuk Seri M. Saravanan, Minister of Human Resources on 15 January 2022 regarding the online application for the recruitment of foreign workers, please be informed that it will be made accessible from 28 January 2022 through the website for the plantation sector (Special Exemption). All applicable and related SOPs will be announced directly by the Ministry of Human Resources.