Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), berkuat kuasa 1 Februari 2025, semua permohonan ePLKS baharu wajib dikemukakan melalui platform FWCMS.
MAKLUMAN UNTUK MAJIKAN
- Pembelian insurans wajib dilakukan melalui platform FWCMS, yang telah berintegrasi dengan Gerbang Insurans Malaysia, bagi memastikan proses pembelian insurans yang lebih cepat, mudah, dan teratur.
- Majikan yang telah membeli insurans secara manual sebelum mengemukakan permohonan ePLKS melalui FWCMS dikehendaki:
- Menghubungi syarikat atau agen insurans untuk membatalkan polisi insurans sedia ada dan memohon polisi baharu yang memenuhi keperluan permohonan ePLKS melalui FWCMS.
- Membeli insurans menggunakan nombor Insurance Transaction Reference (ITR) yang dijana secara automatik oleh sistem FWCMS.
- Menyerahkan nombor ITR kepada syarikat atau agen insurans sebagai rujukan bagi pembelian insurans, sama seperti proses pembelian insurans eVDR sebelum ini.
Perubahan ini telah dimaklumkan kepada semua syarikat insurans di Malaysia dalam seminar industri pada bulan Oktober 2024.
MAKLUMAN UNTUK AGEN INSURANS
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pelaksanaan ini, agen insurans disarankan untuk terus menghubungi ibu pejabat syarikat insurans masing-masing bagi mendapatkan bantuan dan penyelesaian dengan segera.
BANTUAN ATAU PERTANYAAN LAIN
Untuk bantuan atau pertanyaan lain, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan FWCMS di talian 03- 8689 2822 (Isnin hingga Ahad, 8:00 pagi – 9:00 malam) atau emel kami di [email protected].
Sekian, terima kasih.
Bestinet Sdn. Bhd.