How can I find out the nearest Medical Centre registered with FWCMS?
Please click HERE to obtain the accredited Medical Centre List.
What is FWCMS?
FWCMS is a Holistic end to end solution developed to recruit, manage and monitor migrant workers in Malaysia. It is and online integrated centralized system linking the various stakeholders involved such as Malaysian employers, the Malaysian government, Source Country governments, Source Country Medical Centres and Recruitment Agencies in Source Countries, to assist in the recruitment, management and monitoring of migrant workers in Malaysia.
Is it mandatory to use the FWCMS in recruiting migrant worker?
Yes. The Immigration Department of Malaysia will announce the cut-off date for receiving manual calling visa (VDR) applications.
I am a registered Recruitment Agency in one of the Malaysian labour Source Countries. I am interested to know more about FWCMS. Where can I get more information?
Please click HERE and submit the form under the Recruitment Agency tab.
Which countries are involved in the implementation of FWCMS?
I am a registered Recruitment Agency in one of the Malaysian labour Source Countries. How can I register with FWCMS?
Please download the form HERE. Please email your completed application form to [email protected]
Can I apply for Expatriate Visa using FWCMS?
No. At the moment FWCMS is authorised to process General Worker applications only. For professional categories applications still need to be done at the Expatriate Services Division of the Immigration Department of Malaysia. Please refer to www.imi.gov.my for details.
How secure is my confidential data stored with FWCMS?
FWCMS has successfully undergone the Security Posture Assessment(SPA) accreditation by CyberSecurity Malaysia, an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation. The SPA involves various security testing procedures designed to evaluate FWCMS standards of data security and compliance based on Malaysian Government set standards.
I am having problems loading the FWCMS page at www.fwcms.com.my
The FWCMS portal is optimised for Internet Explorer 10, Google Chrome 33, Mozilla Firefox 26 and above. Please ensure you are using a compatible web browser.
Is FWCMS compliant to the Personal Data Protection Act (PDPA) 2010?
Yes.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
1. Soalan Am
1.1 Apakah sistem FWCMS?
FWCMS merupakan sebuah sistem holistik bagi pengurusan pekerja asing secara atas talian bermula daripada proses kelulusan kuota kepada majikan, proses saringan calon pekerja asing di negara-negara sumber sehingga tiba di Malaysia, penggajian dan penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal setelah perjanjian pekerjaan tamat.
1.2 Adakah FWCMS wajib digunakan dalam proses pengambilan pekerja asing?
Ya
1.3 Negara manakah yang terlibat dalam pelaksanaan FWCMS?
Berikut merupakan senarai negara-negara sumber yang dibenarkan dalam pengambilan pekerja asing ke Malaysia:
● Thailand
● Indonesia
● Filipina
● Kemboja
● Myanmar
● Lao People’s Democratic Republic
● Viet Nam
● Kazakhstan
● Nepal
● Pakistan
● Sri Lanka
● Bangladesh
● Turkmenistan
● Uzbekistan
Bagi memastikan pekerja asing yang masuk ke Malaysia adalah layak bekerja dan bebas dari penyakit berjangkit, calon pekerja asing perlu menjalani saringan kesihatan melalui sistem Bio-medikal di pusat perubatan yang telah diakreditasi dan digunapakai di negara-negara sumber tersebut. Sila rujuk senarai Pusat Perubatan yang bertauliah di SINI
1.4 Saya merupakan Perniagaan Diperbadankan Malaysia. Adakah FWCMS untuk saya?
Sekiranya perniagaan anda adalah tertakluk kepada 6 sektor yang telah digariskan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menggaji pekerja asing dan layak untuk memohon, anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui https://fwcms.com.my/
1.5 Syarikat atau perniagaan saya telah berdaftar dengan KDN. Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan akaun majikan saya di FWCMS?
Untuk mengakses FWCMS, pengguna hanya perlu mengaktifkan akaun melalui laman web rasmi FWCMS di www.fwcms.com.my.
Majikan (Syarikat/Perniagaan) perlu memastikan butiran maklumat seperti nombor telefon yang boleh dihubungi dan alamat emel pemilik/pengarah serta wakil syarikat / Persons-In-Charge (PIC) telah dikemaskini.
1.6 Di manakah saya boleh mengemas kini butiran syarikat/perniagaan atau butiran majikan saya?
Sebarang permohonan pengemaskinian maklumat Syarikat/Perniagaan boleh dibuat di kaunter One Stop Centre (OSC) KDN, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing. Bagi majikan yang ingin membuat pengemaskinian maklumat di bawah;
a) Pertukaran Lokasi atau
b) Pengemaskinian Nama dan Alamat Syarikat atau
c) Penyelarasan Nombor Pendaftaran Syarikat
Pertukaran Lokasi | https://www.moha.gov.my/images/Pertukaran_Lokasi_Pekerja_Asing_-_kemaskini_02.10.2020.pdf |
---|---|
Pengemaskinian Nama dan Alamat Syarikat | https://www.moha.gov.my/images/Pengemaskinian_Nama_dan_Alamat_Syarikat_-_kemaskini_28.02.2020.pdf |
Penyelarasan Nombor Pendaftaran Syarikat | https://www.moha.gov.my/images/Penyelarasan_Nombor_Pendaftaran_Syarikat_-_kemaskini_28.02.2020.pdf |
Alamat OSC KDN adalah seperti berikut:
Pusat Khidmat Setempat (OSC)
Bahagian Pengurusan Pekerja Asing,
Kementerian Dalam Negeri,
Aras 5, Blok D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.
No. Tel: 03-8886 8000
Untuk keterangan lanjut, sila layari
1.7 Selain OSC KDN di Putrajaya, adakah terdapat saluran lain yang membolehkan proses mengemaskini butiran syarikat/perniagaan dibuat sebelum saya boleh menggunakan FWCMS?
Sebarang pengemaskinian butiran Syarikat/Perniagaan HANYA boleh dibuat di Kaunter OSC, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, KDN. Pengumuman akan dibuat di laman web rasmi FWCMS sekiranya terdapat sebarang perubahan pada dasar ini.
1.8 Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya majikan gagal mendaftar ID Pengguna dalam sistem FWCMS dan diminta untuk merujuk OSC KDN?
Majikan perlu membuat pengemaskinian maklumat majikan / wakil majikan menggunakan Borang Pengemaskinian Maklumat Majikan serta menyediakan dokumen–dokumen yang diperlukan seperti di dalam senarai yang boleh dimuat turun di sini.
Borang Pengemaskinian tersebut perlu disahkan di OSC FWMCS di Ayer8 sebelum dihantar ke OSC KDN untuk dikemaskini ke dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.
Alamat OSC FWCMS adalah seperti berikut:
FWCMS One Stop Center
A2-1-1, 1st Floor,
Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G, Presint 8,
62000 Putrajaya.
1.9 Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengemaskini butiran syarikat/perniagaan di OSC KDN?
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
a) Borang Pengemaskinian Maklumat Majikan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh majikan berdasarkan senarai pengarah-pengarah syarikat yang terdapat di Borang 49 di bawah Akta Syarikat 1965 (AS1965)/Seksyen 58 di bawah Akta Syarikat 2016 (AS2016) yang terkini.
b) Salinan dokumen yang diperakui sah secara digital (Digital Certified True Copy) dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang TERKINI seperti berikut:
i. Sijil Pemerbadanan Syarikat (Borang 9 di bawah AS1965/Seksyen 17 di bawah AS2016) atau Sijil Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Perniagaan 1956.
ii. Borang 49 di bawah AS1965/Seksyen 58 di bawah Akta Syarikat 2016 (AS2016).
iii. Borang Maklumat Pendaftaran Syarikat (Borang 49, 24,13 di bawah AS1965/Seksyen 14 di bawah AS2016).
iv. Profil syarikat atau Profil perniagaan
ATAU
Sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah (Terkini dan disahkan oleh SKM)
c) Salinan MyKad majikan/pengarah syarikat (seperti Borang 49 / Borang D).
d) Dokumen bagi wakil syarikat :
i. Kad Pengenalan wakil majikan;
ii. Surat perwakilan/kuasa dari majikan (ditandatangani oleh majikan yang tersenarai dalam (Borang 49 SSM); dan
iii. Penyata Caruman KWSP yang lengkap (3 bulan terkini berturutan) dan disahkan oleh pihak KWSP.
*Wakil majikan perlu terdiri daripada jawatan Eksekutif dan keatas.
e) Salinan surat kelulusan kuota yang masih sah (jika berkaitan).
Borang pengemaskinian serta senarai semak dokumen yang diperlukan boleh diperoleh di pejabat OSC KDN atau boleh dimuat turun di sini.
1.10 Saya telah menerima notifikasi bahawa semua butiran syarikat/perniagaan yang diperlukan telah berjaya dikemaskini oleh KDN. Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan ID Pengguna akaun majikan FWCMS saya?
Untuk mengaktifkan akaun majikan, sila layari lamat web FWCMS https://fwcms.com.my/.
i. Daftar masuk di “Employer Log-in”
ii. Klik pada butang “Pendaftaran Majikan”.
iii. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan:
a. (ROC/ROB/ No. Persatuan majikan
b. Alamat e-mel majikan, nombor telefon majikan
c. Kod Pengaktifan (Majikan akan menerima kod pengaktifan melalui SMS atau E-mel).
Klik pada ‘Checkbox’ sebagai persetujuan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi dan klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan pengaktifan ID Pengguna akaun.
iv. Skrin “Dapatkan Akses ke FWCMS” akan dipaparkan. Klik pada butang ‘Generate Credentials’.
v. Sistem akan menghantar One-Time Password (OTP) melalui e-mel dan SMS ke alamat e-mel pemilik / pengarah dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dalam Pangkalan Data KDN.
vi. Sistem akan menghantar e-mel “Pengesahan Semula Profil Majikan” ke alamat e-mel pemilik/pengarah yang didaftarkan dalam Pangkalan Data KDN bersama pautan mengesahkan butiran majikan. Sila klik pada pautan tersebut.
vii. Anda akan dibawa ke paparan skrin “Butiran Majikan Baharu”. Sila semak dan sahkan semula butiran anda dan klik butang ‘Hantar’.
viii. Skrin “Sahkan OTP” akan dipaparkan. Masukkan nombor OTP yang anda terima ke dalam ruangan yang disediakan, kemudian klik pada butang “Sahkan”
ix. Sistem kemudiannya akan menghantar e-mel yang mengandungi ID Majikan bersama maklumat Nama Pengguna (username) dan Kata Laluan (password) beserta pautan portal FWCMS ke alamat e-mel yang didaftarkan.
x. Masukkan ID majikan yang anda terima untuk mendaftar masuk ke portal FWCMS.
xi. Selepas daftar masuk kali pertama, sistem akan meminta anda untuk menukar kata laluan serta menetapkan soalan keselamatan.
1.11 Bagaimanakah majikan boleh mendapatkan kod pengaktifan dan berapa lama kod tersebut sah?
Majikan boleh mendapatkan kod pengaktifan melalui Pusat Khidmat Pelanggan FWCMS di talian (+60)3-86892822. Majikan dikehendaki melakukan pengesahan sebelum menerima kod pengaktifan melalui e-mel berdaftar. Kod ini hanya sah selama 10 minit.
1.12 Menurut FWCMS, kod pengaktifan adalah wajib untuk majikan baharu sahaja. Bagaimana pula dengan majikan sedia ada dengan ID Pengguna dan kata laluan sedia ada?
Kod pengaktifan adalah wajib untuk majikan baharu. Bagaimanapun, majikan sedia ada juga dinasihatkan untuk memohon semula kod pengaktifan tersebut bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kuota disalahgunakan oleh orang lain.
1.13 Bagaimanakah majikan akan menerima kod pengaktifan?
Sistem akan menghantar kod pengaktifan melalui e-mel seperti yang didaftarkan di dalam FWCMS.
1.14 Bolehkah saya mendapatkan ID Pengguna untuk kakitangan atau wakil syarikat saya (Persons-In-Charge atau PIC) untuk melakukan transaksi di dalam FWCMS bagi pihak syarikat/ perniagaan saya?
Boleh. Dengan syarat mereka mestilah wakil syarikat yang sama butirannya seperti yang didaftarkan dan dikemaskini di KDN.
Untuk memberikan kebenaran mengakses sistem kepada wakil syarikat anda, ikuti langkah-langkah berikut:
i. Layari www.fwcms.com.my
ii. Klik pada butang “Login” Majikan dan daftar masuk dengan menggunakan ID majikan yang sah (Nama pengguna dan kata laluan).
iii. Selepas daftar masuk, klik pada butang “Reports & Account Management ” pada skrin utama. Anda akan dibawa ke tab “PIC Details“. Klik pada butang “Manage PIC Credentials ” yang dipaparkan di bahagian bawah skrin.
iv. Butiran wakil syarikat atau PIC yang didaftarkan di dalam Pangkalan Data KDN akan dipaparkan. Sila semak dan sahkan butiran tersebut dan klik pada butang “Apply For Credentials ” untuk wakil yang anda ingin berikan akses daftar masuk.
v. Sistem akan menjana notifikasi melalui e-mel dan OTP kepada wakil syarikat atau PIC yang berdaftar dalam sistem FWCMS. Sila sahkan bahawa mereka telah menerima notifikasi tersebut untuk meneruskan langkah seterusnya.
vi. Anda kemudiannya akan dibawa ke tab “New PIC Detail“. Lengkapkan butiran ini dan klik butang “Submit”.
NOTA: Jika permohonan awal untuk kelayakan tidak berjaya, anda boleh kembali ke tab “PIC Details” dan klik pada “Resend Verification Details”
1.15 Sektor apakah yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing?
Sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti yang berikut : –
● Perkilangan;
● Pembinaan;
● Perladangan;
● Pertanian; dan
● Perkhidmatan : –
o Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja);
o Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan; dan
o Sub-sektor Pulau Peranginan.
1.16 Saya tidak pernah mengambil pekerja asing sebelum ini. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya ingin menggaji pekerja asing?
Anda perlu mendaftar syarikat anda dengan FWCMS melalui Employer > New Registration. Anda perlu menyerahkan semua dokumen sokongan syarikat yang diperlukan bersama-sama dengan permohonan anda iaitu bil utiliti dan borang caruman KWSP majikan yang terkini.
1.17 Saya sudah mempunyai kuota yang diluluskan daripada Kementerian KDN dalam bentuk Surat Kelulusan Bersyarat. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
Pertama, sila pastikan bahawa Surat Kelulusan Bersyarat tersebut masih sah. Tempoh sah laku Surat Kelulusan Bersyarat secara amnya adalah selama 18 bulan dari tarikh kelulusan. Namun, sekiranya Surat Kelulusan Bersyarat tersebut telah tamat tempoh, anda diminta untuk merujuk kepada OSC KDN untuk mendapatkan bantuan.
Seterusnya, anda perlu mengikuti langkah berikut:
a) PERSETUJUAN DARIPADA KEDUTAAN NEGARA SUMBER YANG DIPILIH
Sebaik sahaja anda telah memilih pekerja asing dari negara sumber yang anda inginkan mengikut sektor yang tertera pada sistem FWCMS, anda perlu mendapatkan kelulusan membawa masuk pekerja tersebut daripada kedutaan negara sumber tersebut di Malaysia.
b) AGENSI PENGAMBILAN SWASTA NEGARA SUMBER YANG BERDAFTAR
Pastikan agensi pengambilan swasta di negara sumber yang dipilih adalah berdaftar dengan kerajaan negara tersebut serta berdaftar dengan sistem FWCMS. Anda boleh rujuk senarai agensi pekerjaan yang berdaftar dengan FWCMS di SINI.
CATATAN:
Sekiranya agensi pengambilan swasta yang anda pilih tiada dalam senarai berdaftar FWCMS tetapi mereka telah berdaftar dengan kerajaan di negara sumber, anda boleh menasihati mereka untuk mengunjungi mana-mana pusat perubatan berdaftar di negara mereka untuk urusan pendaftaran.
c) SARINGAN KESIHATAN MELALUI BIO-MEDIKAL
Sebaik sahaja anda telah memilih calon pekerja pilihan anda, ejen pengambilan swasta di negara sumber perlu membawa pekerja asing tersebut ke mana-mana Pusat Perubatan di akreditasi FWCMS untuk menjalani saringan kesihatan melalui Bio-Medikal. Sila rujuk senarai terkini Pusat Perubatan yang diakreditasi di SINI.
d) PERMOHONAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR) MELALUI MODUL eVDR
Pastikan akaun Majikan anda telah diaktifkan di dalam FWCMS. Anda dan wakil syarikat anda perlu mempunyai ID Pengguna untuk Log Masuk sah bagi melakukan transaksi bagi pihak syarikat atau perniagaan anda, dan memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) melalui portal FWCMS.
1.18 Bolehkah saya memohon visa ekspatriat menggunakan FWCMS
Tidak. FWCMS hanya memproses permohonan pekerja asing bagi sektor-sektor am sahaja. Bagi kategori profesional, permohonan masih perlu dibuat di Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia. Sila rujuk www.imi.gov.my untuk maklumat lanjut.
1.19 Apakah negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing?
Negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing adalah seperti berikut:
● Thailand
● Indonesia
● Filipina
● Kemboja
● Myanmar
● Lao People’s Democratic Republic
● Viet Nam
● Kazakhstan
● Nepal
● Pakistan
● Sri Lanka
● Bangladesh
● Turkmenistan
● Uzbekistan
1.20 Bagaimanakah untuk membuat permohonan kuota penggajian pekerja asing?
Majikan perlu membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) secara atas talian di www.fwcms.com.my.
1.21 Pekerja saya telah menjalani saringan kesihatan Bio-Medikal. Adakah mereka masih perlu menjalani FOMEMA selepas tiba di Malaysia?
Ya. Pekerja masih perlu menjalani pemeriksaan FOMEMA apabila tiba di Malaysia.
1.22 Bagaimanakah sistem akan memastikan tidak terdapat sebarang percanggahan pada maklumat yang dimasukkan menggunakan modul eVDR dan semasa proses pendaftaran Bio-Medikal?
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan pada maklumat pekerja yang dimasukkan semasa permohonan melalui modul eVDR dan pendaftaran Bio-Medikal, nama pekerja tersebut tidak akan dijumpai. Jika ini berlaku, sila semak semula dan pastikan anda memasukkan butiran pekerja dengan betul.
1.23 Selepas memasukkan butiran pekerja semasa permohonan VDR melalui modul eVDR, pekerja tidak boleh dipilih. Mengapakah ini terjadi?
Sila pastikan bahawa pekerja tersebut telah lulus proses saringan kesihatan Bio-Medikal. Sekiranya tidak, sila hubungi kami untuk bantuan melalui Pusat Khidmat Pelanggan FWCMS di talian (+60)3-86892822.
1.24 Bagaimanakah saya boleh membeli insurans?
Anda perlu memberikan ID Rujukan Transaksi Insurans (ID ITR) yang dijana semasa proses permohonan melalui modul eVDR kepada pembekal insurans yang memberikan khidmat pembelian insurans pekerja asing. Anda juga boleh mencetak halaman ITR (fail CSV) untuk rujukan. Pembelian Insuran juga boleh dilaksanakan secara dalam talian.
1.25 Apakah dokumen yang diperlukan untuk saya membeli Insurans pekerja asing?
Anda perlu memberikan ID Rujukan Transaksi Insurans (ID ITR) yang dijana semasa proses permohonan eVDR kepada ejen atau syarikat insurans terpilih yang mengambil bahagian. Sila rujuk senarai syarikat insurans yang berdaftar dengan FWCMS di sini.
1.26 Bolehkah saya membeli insurans tanpa ID ITR untuk permohonan VDR saya?
Boleh. Pembelian secara atas talian tidak memerlukan penjanaan ITR.
1.27 Bolehkah saya membeli insurans daripada agensi insurans atau pembekal yang berbeza?
Boleh. Dengan syarat mereka adalah agensi atau pembekal insurans yang berdaftar dengan FWCMS. Anda kemudiannya boleh memberikan ID ITR bagi setiap polisi yang ingin dibeli kepada agensi insurans yang berbeza.
1.28 Berapakah tempoh masa yang di beri untuk saya memuktamadkan proses pembelian insurans?
14 hari. Sekiranya anda gagal untuk membeli insurans dalam tempoh 14 hari, sistem akan membatalkan permohonan VDR melalui modul eVDR dan anda akan perlu mengulangi semula proses permohonan VDR tersebut.
1.29 Setelah saya berjaya membeli insurans. Apakah langkah yang seterusnya?
i. Setelah membeli insurans mandatori, status permohonan VDR anda di dalam skrin utama FWCMS akan tertera “Menunggu Kelulusan“. Ini bermakna permohonan anda telah dihantar secara automatik ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk kelulusan.
ii. Sebaik sahaja permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima pemberitahuan e-mel yang menyatakan bahawa permohonan VDR anda telah diluluskan. Anda juga akan menerima maklumat mengenai Pecahan Fi Kerajaan. Status aplikasi VDR anda juga akan bertukar kepada “VDR Approved“.
iii. Anda perlu menyediakan fi pembayaran yang dinyatakan. Cetak halaman Pecahan Fi Kerajaan dan buat pembayaran di kaunter pembayaran Jabatan Imigresen (JIM) seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Kuota KDN.
iv. Pastikan anda pengambil Surat Kelulusan VDR anda dari kaunter Jabatan Imigresen yang berkenaan.
1.30 Bagaimanakah status permohonan VDR saya akan dimaklumkan kepada saya?
Anda akan menerima e-mel dan notifikasi SMS. Anda juga boleh log masuk ke FWCMS untuk membuat semakan. Status permohonan VDR anda akan dipaparkan pada skrin utama.
1.31 Saya telah menerima notifikasi e-mel menyatakan bahawa permohonan VDR saya telah diluluskan bersama dengan bayaran Levi dan fi Kerajaan. Di manakah saya boleh membuat pembayaran dan apa yang perlu saya bawa?
Semua pembayaran Levi dan fi Kerajaan perlu dibuat di kaunter pejabat kelulusan Imigresen seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Kuota KDN anda. Untuk pembayaran sila ikuti langkah di bawah:
i. Cetak e-mel pemberitahuan kelulusan VDR dan Kadar Bayaran Levi dan Fi Kerajaan;
ii. Semua pembayaran di JIM adalah dalam bentuk elektronik iaitu melalui pemindahan bank, kad kredit atau kad debit. Sila sediakan baki yang mencukupi bagi pembayaran untuk jumlah pembayaran seperti yang dinyatakan di dalam Pecahan Fi Kerajaan yang anda terima.
iii. Ambil surat kelulusan VDR anda dari kaunter Imigresen
CATATAN:
FWCMS sedang menjalani proses integrasi dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk membolehkan pembayaran terus secara dalam talian melalui portal FWCMS. Pengumuman akan dibuat sebaik sahaja modul pembayaran dalam talian dilaksanakan.
E-mel surat kelulusan pelanjutan kuota anda ke [email protected] untuk mengemaskini kuota anda dalam sistem FWCMS.
Is Medical Centre examination in the source countries following the same standard and procedures similar to FOMEMA in Malaysia?
FWCMS accredited Medical Centre examine candidate migrant workers in their source countries while FOMEMA examines the foreign worker once they have arrived in Malaysia. However, both uses similar guidelines and standard based on requirement set by Kementerian Kesihatan Malaysia.
Why do we still need FOMEMA when we already perform bio-medical in source country?
This is the Malaysian government policy to ensure all foreign workers either new or existing are free from communicable and chronic diseases as well as certain medical conditions. 97-98% of foreign workers who passes Bio-Medical screening in their source country also passes FOMEMA in Malaysia. The remaining 2-3% failure in FOMEMA could be due to these factors:
1. Time frame between Bio-Medical screening in source country before arrival in Malaysia. The validity of medical examination in the source country is for 3 months. Hence, within this time frame, the worker might be exposed to communicable diseases infection.
2. Possibility for foreign workers to get infected in Malaysia as they mingle with other foreign workers who might carry the infectious diseases.
3. Some infectious diseases have a ‘window period’ or dormant period making them not detectable during Bio-Medical screening in the source country.
4. Cases of pregnancy and drugs abuse after Bio-Medical screening in source country.
5. Possibility of medical centres in source country not complying to SOP.
If a worker passes Bio-Medical and later on failed on FOMEMA checking, what can FWCMS team do to assist the appeal process?
We can assist you to get a second opinion from our internal consultant especially for X-ray. However, the worker must still be in Malaysia. Appeal process must be initiated within 2 weeks from FOMEMA certification date. Apart from that we will conduct our internal investigation on the Medical Centre (MC) in the source country where the worker performs his/her medical examination. Action will be taken to the MC if any misconducts are found.
Since there are 3 months (90 days) validity for medical examination certificate, can we ask the worker to do another medical screening just before departure?
This is up to the employer since it’s not a government requirement. There must be mutual agreement on who will bear the cost.
How long is the process of X-ray reporting by Malaysian Radiologist?
The X-ray reporting is made available within 24 hours.
I am a registered Medical Centre in one of the Malaysian labour Source Countries. I am interested to know more about FWCMS. Where can I get more information?
Please go HERE and submit the form under Medical Centre.
How can I find out the nearest Medical Centre registered with FWCMS?
Please click HERE to obtain the accredited Medical Centre List
What is the function of license C for registered Recruitment Agencies (APS) in Malaysia?
The function of license C is to allow registered recruitment agencies to manage the Foreign Workers or maids. For more enquiries please visit the nearest Jabatan Tenaga Kerja (JTK) office.
To recruit a Cambodian maid, we’ve been informed that we need to obtain Certificate of Eligibility (CE) before we can apply for VDR. However, CE application takes about 1 ½ month to process. Any other suggestion?
CE is a compulsory requirement by Immigration in order to recruit Cambodian maid.
I submitted an application for a Philippine Maid for a Muslim employer. However, my submission was rejected by the officer even though “Surat Sumpah” was attached together to prove that the maid is a Muslim.
For a converted Philippines Foreign Domestic Helper, the APS needs to attach the Muslim Conversion Certificate document during the application.
I am a registered Recruitment Agency in one of the Malaysian labour Source Countries. I am interested to know more about FWCMS. Where can I get more information?
Please click HERE and submit the form under the Recruitment Agency tab.